• Nursing

    Nursing is a dynamic profession in an environment of constant change is no news to nurses. The profession protect, promote, and optimize health and abilities, prevent illness and injury, alleviate suffering through the diagnosis and treatment of human response, and advocate care for individuals, families, communities, and populations.

  • Join Us!

    If you're a nurse, this is your union. Join MNA or Renew your membership; and GET CONNECTED. Becoming a member of MNA demonstrates your commitment to professional excellence in nursing. You can be a powerful voice that speaks for nursing and professional practice environment. You can drive the progress you want to see both for nursing and within your own career specialization.



  • If you have a question about MNA HUSM Branch or would like to know more about MNA, please contact:

    MNA HUSM Branch
    Health Campus
    Universiti Sains Malaysia
    16150 Kelantan
    [Att: Dr. Soon Lean Keng]

    Email:soonlk@usm.my

Menu

ABOUT MNA HUSM

Sejarah Penubuhan



Pada tahun 1983 HUSM mula beroperasi dengan jumlah 112 orang jururawat. Pada ketika ini persatuan jururawat cawangan HUSM belum lagi ditubuhkan walaupun ada dikalangan jururawat tersebut sudah menjadi ahli tetapi tidak aktif.

Semangat berpersatuan mula berputik apabila wujudnya seorang Penyelia Jururawat yang pertama di HUSM iaitu Mantan Pn. Hjh. Nik Mahzum Nik Omar.

Oleh kerana pada masa itu PJMHUSM tidak boleh wujudkan cawangannya sendiri kerana keahliannya tidak mencukupi keperluan yang diperlukan. Dengan ini jururawat HUSM terpaksa berada dibawah Persatuan Jururawat Malaysia cawangan Kelantan.

Setiap tahun jumlah jururawat di HUSM semakin bertambah tetapi Persatuan Jururawat cawangan Kelantan tidak memberi peluang untuk jururawat HUSM bergerak aktif. Naluri jururawat HUSM yang aktif berpersatuan mula bangkit untuk bergerak sendiri. Atas nasihat Presiden Persatuan Jururawat pada masa itu iaitu Pn. Dayang Anne Abang Naruddin, sekumpulan jururawat yang diketuai oleh Ketua Jururawat Chik Hussin telah membuat kertas kerja bertajuk: Mengapa Jururawat HUSM perlu ada persatuannya sendiri. Pn. Dayang Anne Abang Naruddin telah dijemput ke HUSM semasa Mesyuarat Agong Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Kelantan yang diadakan di Dewan Kuliah 1 Kampus Kesihatan pada tahun 1993 dan kertas kerja ini di bentangkan padanya. Alhamdulillah selepas beberapa bulan kemudian, kami menerima keputusan yang menggembirakan.

Pada tahun 1993 tertubuhlah Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan HUSM. Terima kasih kepada Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Kelantan kerana menjadi pendorong kepada kami untuk berjuang hingga mencapai kejayaan yang cemerlang hingga kini.

Moto PJMHUSM

Nursing For Humanity, Unity And Community

Visi PJMHUSM

Cakna Kesihatan Yang Berkualiti Kepada Komuniti Melalui Persatuan

Misi PJMHUSM

› Mencungkil bakat kepimpinan dikalangan ahli persatuan.
› Mewujudkan hubungan erat dan kerjasama yang baik dikalangan warga persatuan.
› Menghayati nilai-nilai murni dikalangan ahli-ahli persatuan cara Gaya Hidup Sihat

Carta Pengerusi PJMHUSM Dari Tahun 1994 Hingga Kini

Carta Organisasi PJMHUSM 2013

Sememangnya kerjaya sebagai jururawat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi pelbagai ragam daripada pesakit serta keluarganya, pelawat, majikan, pakar-pakar / pegawai perubatan dan lain-lain komuniti. Gigih melaksanakan tugas seharian, kerjaya mereka juga menuntut kudrat dan tenaga fizikal yang pastinya amat meletihkan.

Tanggal 12 Mei setiap tahun adalah hari istimewa untuk semua jururawat diseluruh dunia. Pada tarikh keramat ini semua jururawat seluruh dunia menyambutnya dengan cara tersendiri. Bagi negara Malaysia setiap tahun disambutnya secara besar-besaran. Semua jururawat dari semua cawangan di Malaysia akan berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra dan akhir-akhir ini dilaksanakan di Shah Alam Konvensyen Centre di Shah Alam, Selangor.