• Nursing

    Nursing is a dynamic profession in an environment of constant change is no news to nurses. The profession protect, promote, and optimize health and abilities, prevent illness and injury, alleviate suffering through the diagnosis and treatment of human response, and advocate care for individuals, families, communities, and populations.

  • Join Us!

    If you're a nurse, this is your union. Join MNA or Renew your membership; and GET CONNECTED. Becoming a member of MNA demonstrates your commitment to professional excellence in nursing. You can be a powerful voice that speaks for nursing and professional practice environment. You can drive the progress you want to see both for nursing and within your own career specialization.



  • If you have a question about MNA HUSM Branch or would like to know more about MNA, please contact:

    MNA HUSM Branch
    Health Campus
    Universiti Sains Malaysia
    16150 Kelantan
    [Att: Dr. Soon Lean Keng]

    Email:soonlk@kb.usm.my

Menu

AHLI JAWATANKUASA SUKAN REKREASI DAN KOMUNITI SESI 2012

PENGENALAN

Jawatankuasa sukan rekreasi dan komuniti terdiri daripada 7 orang ahli dimana 2 orang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan HUSM sesi 2012 dan 6 orang lagi dilantik dari ahli Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan HUSM yang aktif dan dapat member kerjasama yang baik bagi menjayakan objektif sukan rekreasi dan komuniti PJM Cawangan HUSM.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA SUKAN REKREASI DAN KOMUNITI SESI 2012

BIL. NAMA JAWATAN
1 Puan Raudzah Mohamed Arifin Penasihat
2 Puan Sharidah Shaari Pengerusi
3 Puan Riniwati Ridza Setiausaha
4 Puan Zaidah Babjan Biro Lawatan
5 Encik Mohd Nasaie Shoib Biro Lawatan
6 Encik Mohd Firdaus Sa’ari Biro Lawatan
7 Encik Fauzi Idris Biro Sukan
8 Puan Nurindaryani Yusof Biro Sukan

OBJEKTIF

  • 1     Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk kakitangan yang cergas, sejahtera dan produktif.
  • 2     Melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelektual.
  • 3     Mewujudkan jalinan ikatan kemesraan dan persahabatan di kalangan ahli dan masyarakat melalui aktiviti program sukan rekreasi dan komuniti.
  • 4     Bilangan Mesyuarat AJK Sukan Rekreasi dan Komuniti (Pertengahan Tahun).

BILANGAN MESYUARAT AJK SUKAN REKREASI DAN KOMUNITI (PERTENGAHAN TAHUN)

BIL. TARIKH AGENDA CATATAN
1 13/02/2012
  • • Perjumpaan dan sesi perkenalan setiap seorang ahli-ahli yang baru dilantik dalam Jawatankuasa sukan rekreasi dan komuniti.
  • • Merancang aktiviti untuk sukan rekreasi dan komuniti tahun 2012.
  • • Mendapat maklumbalas dan sesi cadangan dari ahli.
Semua ahli hadir kecuali Encik Mohd Firdaus Sa’ari tidak hadir dengan izin.
2 20/02/2012
  • • Perancangan program permainan indoor iaitu bowling untuk semua ahli Persatuan Jururawat Malaysia 2012.
  • • Pemilihan penyertaan mengikut 5 kumpulan daripada semua unit.
  • • Perbincangan tentang keahlian, syarat penyertaan, bayaran, hadiah, kudapan, tempat dan hebahan.
Semua ahli hadir kecuali Encik Mohd Firdaus Sa’ari dan Puan Zaidah Babjan tidak hadir dengan izin.
3 6/05/2012
  • • Pembentangan perlaksanaan program perancangan permainan indoor bowling.
  • • Mendapat maklumbalas daripada semua ahli.
Semua ahli hadir kecuali Encik Mohd Firdaus Sa’ari tidak hadir dengan izin.

SENARAI AKTIVITI PERTENGAHAN TAHUN AJK SUKAN REKREASI DAN KOMUNITI SESI 2012

BIL. TARIKH AGENDA CATATAN
1 13/02/2012

Lawatan Kerja Ke Hospital Langkawi


Pada 4/2/2012 telah diadakan satu lawatan kerja ke Hospital langkawi yang diketuai oleh Pengerusi Pn. Hjh. Chik Hussin, Pn. Sharidah Shaari (Pengerusi Biro), AJK Persatuan dan 27 ahli telah bertolak dari HUSM dengan menggunakan kenderaan sendiri sebanyak 10 kenderaan. Semua peserta diberi sambutan yang meriah oleh pihak Hospital Langkawi. Satu sesi taklimat berkaitan pengurusan kes, pentadbiran hospital dan perkhidmatan ambulan laut telah diberikan oleh matron Rusilah, M.A Norin, M.A Fauzi dan encik Nasharudin. Sebelah petangnya diadakan satu perlawanan persahabatan pertandingan futsal. Peserta keesokannya telah dibawa melawat tempat-tempat menarik sekitar Pulau Langkawi termasuk tmpat membeli belah.


Semua peserta berpuashati dengan aktiviti yang diadakan serta menyusul supaya aktiviti seperti ini diadakan secara berkala setiap tahun.
2 3/3/2012

Bola Jaring


Pemain bola jaring MNA telah menyertai satu perlawanan bolajaring peringkat negeri Kelantan anjuran Wanita dan Pemuda UMNO yang mana disertai oleh semua peserta seluruh kawasan ADUN negeri Kelantan bertempat di Sek. Men. Long Ghafar 2. Sebanyak 14 kumpulan telah bertanding dan pasukan MNA telah Berjaya meraih tempat kedua. Seterusnya pemain MNA telah dipilh untuk mewakili sukan SUKJAP mewakili pasukan LESTARI dantelah Berjaya menjadi Johan dan seterusnya dipilih ke SUKOM.


Mendapat kerjasama yang baik dari semua ahli pasukan
3 11/3/2012

‘Charity Ride‘


‘Charity Ride‘ telah dijayakan diatas kerjasama antara K3 riders Kelantan dan PJM HUSM. Pihak K3 Riders telah menyumbangkan sebuah katil dan ‘ripple mattress‘ kepada pesakit bernama Rosdi daripada Pasir Puteh yang mengalami penyakit kanser otak. Program ini telah berlangsung dengan baik dan jayanya.


Mendapat kerjasama yang sangat baik daripada pihak keluarga pesakit.
4 4/5/2012

Kejohanan Bowling


Kejohanan bowling ini telah mendapat sambutan yang meriah daripada semua ahli Persatuan Jururawat Malaysia cawangan HUSM. Seramai 40 orang peserta telah menyertai kejohanan ini.

Piala Pusingan Raudzah yang julung-julung kali diadakan telah dimenangi oleh unit Kritikal A yang dianggotai oleh Kua Bee Yong (CCU), Nazrul Hafiz (ICU), Muhd Aiman (2D) dan Nurul Nadiah (2D). Tempat kedua telah dimenangi oleh Unit Kritikal B yang dianggotai oleh Mohd Munawir (Kristal), Mohd Taufik (CCU), Norhalizatul (2D) dan Wan Hazirah (CCU). Tempat ketiga pula dimenangi oleh Unit Surgikal B yang dianggotai oleh Mohd Khairul (1S), Shahid Abdul Rahim (1S), Nik Suzana (4TD), dan Nik Md Rayyan (4TD). Program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada ahli persatuan.


Semua peserta gembira dan berpuas hati dengan program yang telah diadakan
5 Feb - June 2012

Futsal Lelaki


Pasukan futsal lelaki MNA sangant bergiat aktif menyertai dan mengadakan perlawanan persahabatan samada di dalam dan luar negeri Kelantan. Sebanyak 3 perlawanan persahabatan telah diadakan dengan pasukan luar Kelantan seperti berikut:

  • i.  Ner‘s FC vs Hospital Langkawi
  • ii.  Ner‘s FC vs KPJ Kuantan
  • iii.  Ner‘s FC vs UDM

Setiap minggu (Selasa) merupakan hari aktiviti perlawanan persahabatan di dalam negeri Kelantan yang diadakan secara aktif. Pemain futsal Ner‘s FC juga telah terpilih mewakili sukan SUKJAP kumpulan LESTARI dan telah Berjaya meraih Naib Johan.


Semua pemain menunjukkan komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di dalam sukan ini.

<----GALLERY---->